Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Segera Berdiri Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 Solat Pada Awal Waktu
Segera Berdiri Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

Antara cara memelihara dan melaksanakan solat adalah menyegerakan pelaksanaannya pada awal waktu kerana terdapat pahala yang besar.Ia merupakan tanda kecintaan seseorang kepada Allah S.W.T, dan kepantasan seseorang untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, dan kecintaan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,

“ Solat pada awal waktu mendapat keredaan Allah,dan pada akhirnya mendapat pengampunan-Nya.Seorang hamba yang mengerjakan solat dengan tidak meluputkannya daripada waktunya dan tidak pula melambatkannya daripada awal waktunya adalah lebih utama baginya daripada dunia dan seluruh isinya.”
( Riwayat Imam ad-Daraqutni dan at-Tirmizi )


 Suatu sikap yang buruk bagi seorang Mukmin,apabila tiba waktu solat sedangkan ia masih sibuk dengan kerja-kerja dunia,tidak meninggalkan kerja-kerja itu dan tidak segera berdiri menunaikan solat yang difardukan oleh Allah terhadapnya.Hal demikian itu,tiada lain melainkan kerana kelalaian yang keterlaluan,kurang makrifat terhadap Allah dan lemahnya kecintaan terhadap akhirat.

Seandainya manusia mengetahui ( keutamaan ) yang ada pada azan dan saf awal,lalu mereka tidak akan mendapatkannya kecuali mereka melakukan undian padanya,pastilah mereka melakukan undian.Dan seandainya mereka mengetahui ( keutamaan ) bersegera ( ke masjid ),sungguh mereka pasti berlumba padanya.Dan seandainya mereka mengetahui ( keutamaan ) yang ada pada ( solat ) ‘atamah ( isyak ) dan subuh,sungguh mereka pasti mendatangi kedua-duanya,walaupun merangkak.”
( Riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah ) 


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 16:44

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner