Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Takut Tidak Diberi Hidayah Untuk Terus Berdoa

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 Mohon Sentiasa Mendapat Hidayah Daripada Allah 


Mohon Hidayah Allah Aku Tidak Takut Doaku Ditolak
 Sebagai manusia biasa kita tak terlepas daripada inginkan kesenangan dan kepuasan samaada harta benda ataupun selainnya.

 Kesenangan,kelalaian dan rasa kekurangan juga terjadi kepada kita yang bergelar manusia biasa,namun kita perlu tahu sesuatu yang lebih ternilai dan berharga daripada segalanya iaitu Hidayah Allah.

 Tanpa hidayah Allah kita pasti tersasar ke lembah yang hina,jauh daripada pandangan-Nya dan kasih sayang-Nya.Tergolonglah kita di antara orang-orang yang rugi.

 Sesuatu perkara yang seringkali terjadi kepada kita,dan ungkapan kata-kata yang seringkali kita luahkan.Ketika mana kita ingin mendekatkan diri dan mengenal Allah serta Rasul-Nya.Seolah-olah tiada seru dan hidayah-Nya untuk kita berubah mencari kebaikan itu.

     Sebahagian kata-kata:
  • Belum sampai seru,bila dah sampai seru aku berubah laa.
  • Nanti dapat hidayah Allah,aku jadi baik laa.
  • Kalau aku berubah pun bukannya ikhlas.
  • Aku nak berubah sendiri,tak nak dengar cakap orang lain.

 Suka ataupun tidak kita perlu berubah,mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya,agar kita terselamat daripada Azab api neraka-Nya.Untuk mendapatkan hidayah kita perlukan jihad,berkorban dan bersungguh-sungguh mengejarnya,seperti mana firman Allah SWT.

           وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya:
“ Dan orang-orang yang berjihad untuk ( mencari keredhaan ) Kami,Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami.Dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.”

Note:
Berdoalah supaya kita diberi hidayah-Nya dan sentiasa di dalam Keredhaan-Nya.
Jangan tunggu hari esok untuk berubah,segerakanlah ketika ini kita sedar.



FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 05:55

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

Artikel Lain

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner