Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Sifat Tawaduk Rasulullah s.a.w.

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

  Sifat Tawaduk Rasulullah s.a.w.

Rasulullah SAWBaginda SAW adalah seorang manusia yang paling tawaduk walaupun Baginda SAW merupakan kekasih Allah S.W.T. dan Nabi Allah S.W.T.Baginda SAW juga tidak suka dipuji sebagaimana yang diceritakan oleh Sayidina Umar Al-Khattab di dalam sebuah hadis ,

"Janganlah kamu memuji aku berlebih-lebih seperti kaum Nasrani memuji Nabi Isa ibn Maryam.Sesungguhnya aku hanya hamba Allah.Maka kami semua menyebut:Hamba Allah dan RasulNya."
( Hadis Riwayat At-Tarmizi,Bukhari,Ahmad dan Abu Dawud)

Banyak hadis yang menceritakan tentang sifat tawaduk Rasulullah s.a.w.Antaranya ialah:

Rasulullah s.a.w. yang akan pergi menemui orang yang berhajat kepadanya,bukan orang yang berhajat itu datang menemui Baginda.

Baginda s.a.w. pernah memenuhi undangan seorang hamba,ketika itu Baginda s.a.w. hanya menunggang seekor keldai yang pelananya diperbuat dari sabut.

Baginda s.a.w. menunaikan ibadah haji hanya dengan menunggang unta yang pelananya sudah usang dan di lapik dengan baldu yang harganya tidak sampai empat dirham sebagaimana yang dicerita oleh Anas bin  Malik.

Baginda s.a.w. tidak akan menghampakan undangan walaupun makanan yang dihidangkan hanya roti dan lemak lembu yang sudah hampir basi.

Baginda s.a.w. tidak suka para sahabat bangun bagi menghormatinya apabila Baginda mendatangi mereka.Anas bin Malik meriwayatkan bahawa:"Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat melainkan Rasulullah s.a.w.Tetapi bila Baginda datang,mereka tidak bangun kerana mereka mengetahui bahawa Baginda s.a.w.tidak suka dihormati sebegitu."

Baginda s.a.w. adalah manusia biasa .Baginda merendam pakaian,memerah susu kambing dan melaksanakan urusan peribadinya sendiri walaupun Baginda s.a.w. mempunyai ramai isteri dan khadam ( pembantu )

Harus tonton: Pasti menangis kisah nabi


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 14:57

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

Artikel Lain

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner