Pesanan Terakhir Dipenghujung Hayat Dan Kini Tiada Lagi SMS
Tanggal 11.05.2015 isnin detik 23.37 pm,cuaca nan gelap,angin sejuk dan dingin,seolah-olah hujankan turun lebat membasahi bumi.Kring…kring…satu panggilan telipon berbunyi daripada anak saudaraku,ucapan yang tak mampu aku lupakan ” Mak mampu bertahan 2jam ja lagi “.
Aku terdiam tanpa kata-kata,kaku membisu,langkah mula terhenti seakan kaki tidak lagi berpijak dibumi yang nyata.Di bola mata air mula berlinang membasahi pipi.Hati mula berombak kuat,hanya sekadar berdoa kepada yang Maha Esa .Semoga semuanya dipermudahkan.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah selain daripada doa."
(HR Tirmizi)
Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi."
(HR Hakim)

Detik waktu tetap berjalan ,00.06am tanggal 12.05.2015 selasa.
SMS khabar terakhir daripada adik bungsuku,
SMS khabar terakhir daripada adik bungsuku,
Kini “ kakak dah tak ada “ aku terdiam dan terduduk menarik nafas yang dalam dengan ucapan.............
“Innalillahi wa inna ilaihi raaji’uun" اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ
Saat dan Detik ini aku telah kehilangan insan yang banyak berkorban terhadapku semasa hidupnya.Dia “ kakak Sulungku “ insan yang aku sayang yang tak mampu ku ucapankan dengan kata-kata dan kerana akhlaknya,dia juga disenangi oleh orang sekeliling tak mengira usia.
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya."
(HR Tirmizi)
" Diantara kamu orang yang paling aku cintai dan orang yang paling hampir kepadaku pada hari Kiamat ialah orang yang baik akhlaknya."
(HR Tirmizi)
Tak mungkin ada lagi insan sepertinya,dia juga umpama ayah dan mak ke2 bagi kami sekeluarga.Apa juga perlakuan ku terhadapnya,Selama hidupku dengannya tiada satu ungkapan marah ataupun pukulan yang kuterima.
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas(pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah."
(HR Bukhari)
(Hasan. Riwayat Ibnu Majah)
" Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas(pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah."
(HR Bukhari)
Dia seorang yang sangat penyabar sanggup berdiam diri dan bersabar menanggung beban insan lain
Nabi SAW bersabda dalam hadis qudsi: “Allah SWT berfirman, “Wahai anak Adam, jika engkau bersabar dan mengharap pahala sejak awal tertimpa musibah maka Aku tidak rela memberi pahala untukmu selain Syurga.”(Hasan. Riwayat Ibnu Majah)
Kepergiannya amat dirasai bukan sekadar kami sekeluarga bahkan orang-orang disekelilingnya…………………….Semoga beliau mendapat Rahmat Allah SWT dan ditempatkan di dalam golongan mereka yang beruntung dan setiap amal baiknya diterima oleh Allah SWT….
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Apabila Allah menciptakan makhlukNya lantas ditulis di Lauh Mahfuz, Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada kemurkaanKu. Tulisan ini berada di atas 'Arasy dihadapan mereka."
(HR Muslim)
" Apabila Allah menciptakan makhlukNya lantas ditulis di Lauh Mahfuz, Sesungguhnya rahmatKu lebih besar daripada kemurkaanKu. Tulisan ini berada di atas 'Arasy dihadapan mereka."
(HR Muslim)
Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda:
" Tiga perkara akan mengikuti mayat. Dua akan kembali dan tinggal yang satu. Akan mengikutinya (ke kubur) ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Kemudian harta dan ahli keluarganya akan kembali, tinggallah bersamanya amalannya."
(HR Muslim)
Al-Fatihah............
Ya Allah,dengan Rahmat dan Rahim-Mu dan syafaat Rasul-Mu,ku mohon Engkau ampunkanlah segala dosa-dosanya,Engkau tempatkanlah kakakku didalam golongan mereka-mereka yang Engkau Kasihi iaitu mereka yang sentiasa mendapat HidayahMu.Engkau terimalah setiap amal kebaikannya.Hanya Engkau yang mampu akan segalanya.Aamin..
...Jazaka Allahu Khairan جزاك الله خيراً …
Tiada lagi SMS......
Note:

sama-sama kita mendo'akannya |

- Kasihi dan sayangilah mereka ketika masih ada,dan berdoalah ketika mana mereka sudah tiada.
- Belajarlah mengasihi mereka yang mengasihi diri kita,agar kita tidak menyesali ketika mana mereka pergi meninggalkan kita.
- Harta yang banyak,keluarga yang ramai hanya amalan sebagai berkalan.
- Dunia ditangan kiri,Akhiratmu ditangan kanan.
- Perkara yang paling hampir dengan kita adalah kematian.
- Belajar memaafi sesama manusia.
Catatan:
Baca lain-lain tentang Muhasabah diri,dan Dunia akhirat
Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w.Allahumma ajurny fi mushibaty wakhlufly khairan minha
Di Lembah Uranah,Gunung Arafah
" Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu,dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini."
Baca lain-lain tentang Muhasabah diri,dan Dunia akhirat
0 comments :
Post a Comment
Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA