Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Kelebihan Saidatina Aisyah r.a Isteri Rasulullah S.A.W

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

                                                                           Kelebihan Saidatina Aisyah r.a
isteri rasulullah
  
Bapanya: Abu Bakar ( Abdullah ) bin Abi Kuhafa Uthman bin 'Amir bin Kaab Al-Tamimi Al-Quraisi
Ibunya: Ummu Ruman binti 'Amir bin Uwaimar bin Abdul Syamsi

Hadis Aisyah r.a katanya : Rasulullah s.a.w,bersabda,
" Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam.Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam sehelai kain sutera serta berkata : Inilah isterimu.Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu,ternyata itu adalah kamu.Maka aku berkata : Sekiranya perkara itu datangnya dari Allah,pasti ia terlaksana.

  • Rasulullah s.a.w. tidak penah menikahi anak dara selainnya.
  • Rasululah s.a.w. tidak penah berkahwin dengan anak orang yang bersama-samanya berhijrah melainkan Aisyah r.a.
  • Allah S.W.T. turunkan ayat dari tujuh petala langit kepadanya bagi membersihkan dirinya dari fitnah.
  • Malaikat Jibrail a.s. turun dari langit menyerupai wajahnya ( Aisyah ) lalu berkata kepada Rasulullah s.a.w.,kahwinilah aku sesungguhnya aku adalah milikmu.
  • Aisyah r.a. pernah mandi bersama pada satu bekas.
  • Rasulullah s.a.w. sedang solat dan dia berada di antara kedua tangannya dan tidak pernah dilakukan terhadap isteri-isteri selain dia.
  • Aku berada di sisinya ketika turunnya wahya dari Allah S.W.T.
  • Rasulullah s.a.w. dikebumikan di rumah Aisyah r.a.
    Beliau antara perawi hadis Rasulullah s.a.w. yang terbanyak.Wafat pada malam selasa,19 Ramadan tahun ke-58 hijrah dan disembahyangkan oleh Abu Hurairah a.s.Ketika itu beliau berumur 66 tahun.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 04:40

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

Artikel Lain

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner