Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya."
(Mirqat)
Dari Abdullah bin Umar r.a bahawa Rasulullah SAW telah menukilkan satu firman Allah SWT di dalam sebuah hadis qudsi:
" Mana-mana hambaku yang semata-mata mendapat redhaKu mereka keluar sebagai mujahid, maka Aku memberi jaminan bahawa Aku akan memulangkannya ke rumah dengan pahala dan harta rampasan, dan jika Aku memanggilnya kembali, maka Aku akan mengampunkannya, merahmatinya dan akan memasukkanya ke dalam syurga."
(HR Ahmad)
Dari Anas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sepagi atau sepetang di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya."
(Mirqat)
Dari Abdullah bin Umar r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Barangsiapa yang sakit kepala dijalan Allah SWT dan berniat untuk mendapatkan pahala, maka segala dosanya yang terdahulu akan diampunkan."
(HR Tabrani)
Dari Abu Hurairah r.a bahawa aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
" Perumpamaan orang yang keluar dijalan Allah SWT – dan Allahlah yang lebih mengetahui siapa yang berjihad dijalanNya – (untuk mendapatkan redhaNya) perumpamaannya adalah seperti dia yang berpuasa, beribadat pada waktu malam, tunduk dihadapan Allah SWT kerana takutkanNya, serta melakukan ruku’ dan sujud."
(HR Nasa’i)
Dari Abu Firas rahmatullah ‘alaih (seorang dari Kabilah Aslam) telah berkata:
" seorang telah berseru dan bertanya: ya Rasulullah! Apa itu iman? Nabi SAW bersabda: Iman itu ialah ikhlas."
(HR Baihaqi)
Dari Thauban r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Berbahagialah orang-orang yang ikhlas. Mereka adalah pelita di dalam gelap dan kerana mereka terpadam fitnah-fitnah yang besar."
(HR Baihaqi)
Dari Saad r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
" Allah SWT memberi pertolongan kepada umat ini (bukan berdasarkan kepada keupayaan bahkan) Allah SWT memberinya pertolongan kerana do’a-do’a, solat-solat dan keikhlasan orang-orang yang lemah."
(HR Nasa’i)
Dari ‘Ursi Ibni ’Amirah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Kerana kesalahan sebahagian manusia Allah tidak akan mengazab kesemua orang (yang tidak terlibat di dalam kesalahan itu). Akan tetapi Allah akan mengazab kesemua sekali, jika orang-orang yang taat walaupun mampu melarang mereka-mereka yang engkar."
(HR Tabrani)
Dari Muawiyah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya aku adalah seorang utusan dan Allah yang memberi hidayah, dan aku hanyalah seorang yang membahagi-bahagi dan Allah adalah zat yang memberi."
(HR Tabrani)
0 comments :
Post a Comment
Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA