Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Mencinta Dunia Adalah Pokok Daripada Segala Keburukan

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Pada suatu ketika,Rasulullah SAW berjalan melalui seekor kibas yang telah mati,lalu Baginda SAW bersabda:
  "Bagaimanakah pendapatmu semua mengenai kibas ini,Adakah ia hina (tidak berharga sama sekali) bagi pemiliknya?"Para sahabat menjawab : "Benar dan kerana tidak berharga lalu mereka buangkan sahaja."Baginda SAW bersabda lagi: "Demi zat yang jiwaku ada di dalam kekuasaan-Nya,bahawa dunia ini lebih hina di sisi Allah dari kibas yang mati ini bagi pemiliknya.Andai kata dunia ini di sisi Allah dianggap menyamai harga selembar sayap seekor nyamuk,tidaklah Dia akan memberikan minum kepada seseorang kafir seteguk air pun daripadanya."                                                  ( Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Hakim )

mencintai dunia
Baginda bersabda lagi:
"Mencinta dunia adalah pokok daripada segala keburukan."
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Dunya dan Baihaki)


Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya dunia ini adalah manis dan hijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu semua sebagai khalifah(penghuni) di sini ,maka akan diperiksa bagaimana kamu semua beramal."                                                                                                             (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Ibnu Majah)


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 10:33

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner