Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Hukum Dan Adab Ketika Makan Atau Minum Didalam Islam

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tangan kanan atau tangan kiri?

Diantara hukum dan adab yang diajarkan Islam ketika makan atau minum adalah dengan tangan kanan. Dan Islam melarang makan atau minum dengan tangan kiri.


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Apa saja yang datang dari Rasulullah maka ambillah dan apa saja yang dilarangnya maka tinggalkanlah.”
 (Al-Hasyr: 7)
makan minum menggunakan tangan kanan haram tangan kiri
“Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh yang nyata bagi kamu.” 
(Al-Baqarah: 168)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 “Apa yang aku larang kamu maka tinggalkanlah, dan apa yang aku perintahkan kamu, maka kerjakanlah sesuai dengan kesanggupan kamu.” 
( Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari dan Al-Imam Muslim )

Anjuran makan atau minum
Ketahuilah Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam biasa menggunakan tangan kanan untuk sebahagian besar urusan Baginda. Sebagaimana hadits ‘Aisyah radhiallahu’anha:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ فِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam membiasakan diri mendahulukan yang kanan dalam memakai sandal, menyisir, bersuci dan dalam setiap urusannya” 
(HR. Bukhari 168).

Termasuk juga dalam masalah makan dan minum Baginda senantiasa mendahulukan tangan kanan. Sebagaimana juga diceritakan oleh sahabat Umar bin Abi Salamah radhiallahu’anhuma:

: كُنْتُ غُلاَمًا فِي حِجْرِ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكَانَتْ يَدِي تَطِيشُ فِي الصَّحْفَةِ، فَقَال لِي رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ، وَكُل بِيَمِينِكَ، وَكُل مِمَّا يَلِيكَ
Sewaktu aku masih kecil, saat berada dalam asuhan Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam, pernah suatu ketika tanganku ke sana ke mari (saat mengambil makanan) di dulang. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepadaku: “wahai anak, ucaplah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu, serta ambil makanan yang berada di dekatmu”.
 (HR. Bukhari no.5376, Muslim no.2022)


Dalam riwayat yang lain:

أَنَّ رَجُلاً أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- بِشِمَالِهِ فَقَالَ « كُلْ بِيَمِينِكَ ». قَالَ لاَ أَسْتَطِيعُ قَالَ « لاَ اسْتَطَعْتَ ». مَا مَنَعَهُ إِلاَّ الْكِبْرُ. قَالَ فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ.
Ada seorang lelaki makan di samping Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam dengan tangan kirinya. Lalu Rasulullah bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu!’ Dia malah menjawab, 'Aku tidak mampu.' Baginda bersabda, ‘Engkau tidak akan mampu’ –tidak ada yang menghalangnya (daripada makan dengan tangan kanan) kecuali kerana sifat sombong. Setelah itu tangannya tidak boleh sampai ke mulutnya.” 
(HR. Muslim no. 2021)

Ini juga berlaku ketika minum, berdasarkan hadits Ibnu Umar radhiallahu’anhuma:


إذا أَكَلَ أحدُكُم فليأكلْ بيمينِهِ . وإذا شرِبَ فليشربْ بيمينِهِ . فإنَّ الشَّيطانَ يأكلُ بشمالِهِ ويشربُ بشمالِهِ
jika seseorang dari kamu makan maka makanlah dengan tangan kanannya dan jika minum maka minumlah dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya” 
(HR. Muslim no. 2020)

Perhatikan bahawa hadits-hadits di atas menggunakan kata perintah كُل بِيَمِينِكَ (makanlah dengan tangan kananmu), فليأكلْ بيمينِهِ (makanlah dengan tangan kanannya). Dan hukum asal dari perintah adalah wajib.

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda :

يَا غُلاَمُ سَمِّ اللَّهَ، وَكُل بِيَمِينِكَ، وَكُل مِمَّا يَلِيكَ
“ wahai anak, ucaplah bismillah dan makanlah dengan tangan kananmu, serta ambil makanan yang berada di dekatmu 


Dalam hadits ini terdapat dua perintah makan dengan tangan kanan dan larangan makan dengan tangan kiri.

Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’anhu, bahwa Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

لا تأكلوا بالشِّمالِ ، فإنَّ الشَّيطانَ يأكلُ بالشِّمالِ
janganlah kamu makan dengan tangan kiri kerana syaitan makan dengan tangan kiri
 (HR. Muslim 2019)

Dari hadits Ibnu Umar radhiallahu’anhuma:


إذا أَكَلَ أحدُكُم فليأكلْ بيمينِهِ . وإذا شرِبَ فليشربْ بيمينِهِ . فإنَّ الشَّيطانَ يأكلُ بشمالِهِ ويشربُ بشمالِهِ
jika seseorang dari kamu makan maka makanlah dengan tangan kanannya dan jika minum maka minumlah dengan tangan kanannya. Kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kirinya” 
(HR. Muslim no. 2020)


Al Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:


فَإِنَّ الْآكِلَ بِهَا، إِمَّا شَيْطَانٌ وَإِمَّا مُشَبَّهٌ بِهِ
“yang makan dengan tangan kiri, kalau ia bukan syaitan maka ia menyerupai syaitan” 
(Zaadul Ma’ad, 2/369)

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam melarangnya, beliau bersabda:


إن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
sesungguhnya setan makan dan minum dengan tangan kirinya


Allah Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh kepada perbuatan buruk dan kemungkaran
 (QS. An Nur: 21)

 Jika Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda kepada kita:

لا يأكل أحدكم بشماله، ولا يشرب بشماله؛ فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
"janganlah kamu makan dan minum dengan tangan kiri kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri "

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda:

الحَلاَلُ بَيِّنٌ، وَالحَرَامُ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى المُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ: كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ
Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas. Diantaranya ada yang syubhat, yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa menjauhi yang syubhat, ia telah menjaga kehormatan dan agamanya. Barangsiapa mendekati yang syubhat, sebagaimana pengembala di perbatasan. Hampir-hampir saja ia melewatinya ” 
(HR. Bukhari 52, Muslim 1599)

Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي من ابْن آدم مجرى الدم
Sesungguhnya syaitan ikut mengalir dalam darah manusia
 (HR. Bukhari 7171, Muslim 2174)


Note:Perlakuan yang baik itu akan mendatang kesan yang baik.


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 18:14

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner