Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Syaitan Adalah Musuh Yang Nyata Bagi Manusia

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syaitan Adalah Musuh Yang Nyata Bagi Manusia


    وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ ٱلشَّيْطَٰنُ ۖ إِنَّهُۥ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
" Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu"
( Surah Al-Zukhruf 43:62 )

syaitan musuh manusia yang nyata
Firman Allah SWT,
“ Bukankah Aku memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan? Sungguh,syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu”

Ayat ini merupakan teguran keras daripada Allah terhadap orang-orang kafir daripada keturunan Bani Adam yang mentaati syaitan,padahal dia musuh yang nyata bagi mereka,dan mereka berbuat maksiat kepada Allah,padahal Dia yang telah mencipta mereka dan memberi rezeki kepada mereka.

 Kerana itu,Allah berfirman,
  “ Dan hendaklah kamu menyembah-Ku,Inilah jalan yang lurus”

 Yakni sungguh Aku telah memerintah kamu di dunia agar menentang syaitan,dan memerintah kamu untuk menyembah-Ku,inilah jalan yang lurus.Lalu kamu menempuh jalan lain selain jalan itu dan mengikut syaitan dalam perkara-perkara yang dia perintahkan kepada kamu.

 Kerana itu,Allah berfirman,
 ” Dan sungguh,ia ( syaitan itu ) telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu…”

 Dan firman-Nya,
 ” …Maka apakah kamu tidak mengerti”

 Yakni,apakah kamu tidak memiliki akal,sebab menentang Tuhanmu dalam perkara yang Dia perintahkan kepadamu,iaitu menyembah-Nya semata-mata yang tiada sekutu bagi-Nya,dan kamu berpaling mengikuti syaitan?.

Ibnu Jarir At-Tabari meriwayatkan daripada Abu Hurairah,bahawa Rasulullah SAW bersabda,
" Pada hari kiamat,Allah memerintah neraka jahanam,lalu dikeluarkan darinya leher yang panjang lagi hitam kelam,lalu Allah berfirman,” Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu wahai anak cucu Adam agar kamu tidak menyembah syaitan?Sungguh,syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu,dan hendaklah kamu menyembah-Ku.Inilah jalan lurus.”Dan sungguh,ia ( syiatan itu ) telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu.Maka apakah kamu tidak mengerti?Inilah ( neraka ) Jahanam yang dahulu telah diperingatkan kepadamu”
      ( Surah Yasin 36 : 60-63 )

Dan firman-Nya,
 “……Berpisahlah kamu ( dari orang-orang mukmin ) pada hari ini,wahai orang-orang yang berdosa!.”
 ( Surah Yasin 36:59 ) 

 Lalu orang-orang itu pun berpisah dan melutut,Itulah yang Dia Firmankan dalam surah al-Jathiyah 45:28.

“ Dan ( pada hari itu ) engkau akan melihat setiap umat berlutut.Setiap umat dipanggil untuk (melihat)buku catatan amalnya.Pada hari itu kamu diberi balasan ke atas apa yang telah kamu lakukan."


Bacaan lain-lain azab pendosa


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 09:34

1 comments :

  1. The casino was born with the help of new players and
    The casino was born 익산 출장샵 with the help of new players and By the 광주 출장샵 way, we do not agree with 포항 출장샵 the casino's content, which is 충주 출장마사지 why there's a lot of controversy and 용인 출장샵 debate.

    ReplyDelete

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner