Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Kematian Segalanya Berkemungkinan Apabila ia Mendatangi dan Menghampiri

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kematian kehidupan

Kehidupan kau 

 Bersilih ganti,berjalan tenang dan berombak mengikut arus masa yang telah ditetapkan,tiada sesuatu pun yang kau sendiri lakukan kerana kehidupan tetap terus berjalan hanya Allah yang mampu memberhentikannya.




Kau berlari ia tak mungkin mengejar
Kau berjalan ia tak mungkin mendahului
Kau berhenti ia tak mungkin terlena
Namun yang pasti,
Ia akan mendatangi dan menghampiri bila tiba seruan-Nya.

Kini Tiba Masa-Nya

Kau berlari ia mampu mengejar
Kau berjalan ia mampu menanti
Kau berhenti ia mampu meneruskannya
Namun yang pasti,
Tiada yang terlepas bila ia mendatangi dan menghampiri itulah seruan-Nya.

Sang Ajal
  • Ia taat kepada masa-Nya.
  • Ia tak memandang kepada kekayaan dan kemiskinan.
  • Ia tak menerima kepada rayuan dan pertolongan.
  • Ia tak mengasihi kepada tua dan muda.

Apakah ia'nya kejam?

Seruan-Nya telah menjelaskan kebenaran sebelum ia mendatangi dan menghampiri,apakah kau terlupa atau kau mengetahui dan mengabaikannya.

Berakhirlah sebuah kehidupan,tiada lagi jalan dan pintu untuk kembali ketika ini.
  • Kepada siapakah kau ingin meminta rayuan dan pertolongan.
  • Kemanakah arah kau ingin dikembalikan.
Tinggallah di sana mengikut setiap tetapan-Nya dimana tempat yang pernah kau sendiri tetapkan dan inginkan ketika didalam kehidupan dahulu.

Bermulalah kehidupan yang abadi.....


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 23:17

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

Artikel Lain

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner