Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Bermulanya Ramadhan Ketika Berakhirnya Sya'ban

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kelebihan-Kelebihan Bulan Ramadhan 
kelebihan ramadan

 Sayyidina Salman r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan sya’ban, “ Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkhati.Satu bulan yang pada bulan itu terdapat satu malam ( Lailatut-Qadar ) yang lebih baik daripada seribu bulan.Satu bulan yang Allah SWT telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat.Sesiapa yang cuba menghampiri Allah SWT pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain.


 Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga.Bulan itu adalah bulan simpati,bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman.Sesiapa yang memberi sesuatu kepada seseorang yang berpuasa untuk berbuka,maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya daripada api neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya.

 Para sahabat r.a lalu berkata,” Bukanlah setiap orang daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa.”Maka Rasulullah SAW bersabda,” Allah SWT memberikan pahala itu kepada sesiapa sahaja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air atau pun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka.”

 Bulan itu adalah satu bulan yang bahagian awalnya merupakan rahmat,pertengahannya merupakan keampunan dan akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka.Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya ( pekerja-pekerjanya ) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah SWT dan akan dilepaskan daripada Azab api neraka.

 Perbanyakanlah pada bulan itu empat perkara.Dua perkara yang dengannya kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak dapat tidak kamu perlukan.Ada pun dua perkara yang kamu meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah dan kamu memohon istighfar daripada-Nya.Manakala dua perkara yang tidak dapat tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah SWT dan meminta perlindungan daripada api neraka.Sesiapa yang memberinya minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah SWT akan memberinya minum dari telagaku ( pada hari kiamat ),dengan sekali minum.dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.”
( Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah,Baihaqi,Ibnu Hibban dan lain-lain )


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 08:28

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

Artikel Lain

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner