Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Titisan Air Mata Kerana-Nya

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Disebalik Tangisan


menangis kerana Allah SWT

Dengan lafaz,
                      بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
………Syukurku ke hadrat Allah S.W.T..dan selawat serta salamku kepada Nabi yangku cintai,Muhammad bin Abdullah.

   Di pertengahan usia, bagi umat-Mu Ya Rasulullah s.a.w.,tiada pernah aku rasa puas dengan apa yang aku kerjakan selama ini.Hidup penuh dengan kelalaian ke atas diri sendiri.Penyeksaan yang seringkali aku lakukan terhadap Rohaniku sendiri.
Seringkali mengejar sesuatu yang belum pasti keindahannya,tiada lagi senyum tawa di rauk wajah.Langkah menjadi kaku,hinggakan hilang arah tujuan.

  Masa dan keadaan seringkali membuatkan aku mudah tersasar dan lupa mencari kebenaran.Aku susunkan langkah dengan satu tujuan,namun ianya sekadar separuh jalan.Tiada iringan tangan,juga kata semangat,untuk aku teruskan perjuangan.
Bangun ku mencari,Di manakah,kemanakah,bagaimanakah semua ini bermain-main difikiran.Tangisan tiada berair mata,penatnya tiada berpeluh,kata-kata tiada bersuara.

  Ketika mana aku terjaga dari kegelapan,aku mulai sedar bahawa sesungguhnya Allah Maha Penyayang.Bersyukur ku kepada-MU Ya Allah,dengan Hidayah dan Rahmat-Mu..Aku mula kenal,siapa aku,dimana aku,apakah yang perlu aku tunaikan.Engkaulah tempat terbaik untuk hamba-Mu ini mengadu dan meminta pertolongan.Engkaulah pencipta dan pentadbir langit dan bumi.Engkaulah yang Maha Berkuasa,Engkaulah yang Maha Mengetahui.Dan aku juga bersaksi Muhammad bin Abdullah itu persuruh-Mu,Rasul-MU…Ya Allah.

                      أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ 
 Apakah tangisan selama ini bernilai bagi-Mu Ya Allah?Apakah air mata yang mengalir itu sekadar sia-sia?Apakah keluh resah aku selama ini di Murkai oleh-Mu Ya Allah?
                                                  ………...أستغفر الله‎……...


   Ya Allah aku mohon kepada-Mu agar pintu Taubat-Mu masih terbuka luas untuk aku,dan Engkau menerima segala Taubatku kepada-Mu.Syukurku dengan segala nikmat yang Engkau kurniakan.Ya Allah pilihlah dan jadikanlah aku sebahagian daripada orang-orang yang berada didalam pandangan kasih sayang-Mu.Dan tergolong dikalangan mereka yang beriman,serta dikalangan penghuni syurga-MU.


Lihat lain-lain tentang muhasabah diri



FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 05:29

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner