Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Rahsia Hati Untuk Mendapatkan Kusyuk Ketika Solat

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kusyuk ketika solat cara kusyuk
 Rahsia hati hamba pada Tuhan diperkemaskan dalam menjalinkan hubungan dengan-Nya itulah dinamakan kusyuk. Habluminallah dengan Tuhan yang bernama Allahu Jalla Jalaluhu dalam solat. Yakni 2 hubungan ( Tauhid dan Makrifah) dalam satu nama ( Habluminnallah) . 

Pertamanya hubungan diri hamba dengan Allah Taala di namakan Tauhid  iaitu Hamba pada-Nya mentauhidkan-Nya .
Keduanya hubungan Allah Taala dengan hamba pada-Nya yang dinamakan Makrifah yakni pengenalan-Nya atas kita. 

 Jadi hal kekusyukan itu ukurannya 2 perkara ini,yakni Tauhid dan Makrifah . Pati solat itu Tauhid hamba-Nya persembahkan Tauhid samada Tauhid AmmaKhosah atau Qudsiyah pada jalan Makrifah . Maka natijah , terbina hubungan hamba-Nya itu, iaitulah kusyuk  yang mana  kadar nilaian dan ukuran lagi sukatan adalah dari 2  hubungan :
  • Hubungan Tauhid ( hubungan hamba pada-Nya dengan Tuhan-Nya )
  • Hubungan Makrifah ( hubungan Tuhan-Nya  dengan Hamba-Nya
Justeru itu muafakatkan keduanya dalam setiap ibadah ketaatan kita pada-Nya yakni jagailah hubungan kita dengan-Nya, dengan jalan Tauhid dan peliharalah hubungan Dia dengan kita dengan jalan Makrifah barulah layak sempurna Habluminallah kita.
Kita sama pada mentauhidkan-Nya dalam ubudiyah , tetapi berbeza kita dalam makrifah pada-Nya kerana makrifah itu dari-Nya yakni ilahiyah . 

Usahakanlah perkemaskan perbaiki ...Membicarakan hal kusyuk tidak boleh mengetepikan bicara Tauhid dan Makrifah ..inilah sebahagian kecil muqadimah  pada  bicara kusyuk atas 2 hubungan ini, perbaiki dahulu pada adabul Tauhid dan adabul Makrifah ...kerana inilah juzuk awal bicara ahli tauhid akan hal kusyuk bukan seperti mana bicara pada ahli zahir. 

Jika ditanya pada para sahabat adakah mereka makrifah dalam solat mereka , "jawab mereka para sahabat r.anhum ajmain , bahkan ! kami makrifah akan-Nya.  Jika tidak ada makrifah kami pada-Nya maka bukanlah  kami melakukan solat …


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 16:59

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner