Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Hukum Solat Malam ( Tahajud ) Dan Keutamaannya Yang Diceritakan Di Dalam Al-Quran

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Daripada sebahagian ayat-ayat di dalam al-quran yang menceritakan tentang hukum dan keutamaan solat malam ( Tahajud )

solat malam tahajud hukum solat
“ Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang ( pagi dan petang ) dan pada bahagian permulaan malam.Perbuatan-perbuatan baik itu menghampuskan.Itulah peringatan bagi orang-orang yang selalu mengingati ( Allah )
( surah Hud 11:114 )

“ Dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri.”
( surah al-Furqan 25:64)

“ Dan perubahan gerakan badanmu di antara orang-orang yang bersujud.”
 ( surah al-Syu’ara 26:219)

“ Dan pada sebahagian malam,dirikanlah solat tahajud ( sebagai suatu ibadah ) tambahan bagimu : mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.”
( surah al-Isra’ 17:79 )

“ Bertasbihlah kepada-Nya pada malam hari dan setiap selesai solat.”
 ( surah Qaf 50:40 )

“ Dan pada sebahagian daripada malam,sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari.”
( surah al-Insan 76:26 )

“ Maka sabarlah engkau ( Muhammad ) atas apa yang mereka katakan,dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu,sebelum matahari terbit,dan sebelum terbenam,dan bertasbihlah juga pada waktu tengah malam dan di waktu senja,agar engkau merasa tenang.”
( surah Taha 20:130 )

“ Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam.”
( surah al-Dhariyat 51:17 )

“ ( Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung )atau orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri,kerana takut kepada ( azab ) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah,”Apakah sama orang-orang yang mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pengajaran.”
( surah al-Zumar 39:9 )

Waktu-Waktu Solat Malam
Tafsir Ibnu Kasir

Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW agar meninggalkan selimutnya kemudian bangun menghadap Tuhannya.

 Sebagaimana pada ayat lain Allah berfirman’

"Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya,mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh berharap,dan mereaka menafkahkan sebahagian,daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka “
( surah al-Sajdah 32:16 )

Oleh itu Rasulullah SAW melaksanakan perintah Tuhannya.Baginda bangun pada malam hari untuk solat malam yang merupakan sesuatu kewajipan yang krusus baginya,sebagaimana Allah berfirman,

“ Dan pada sebahagian malam,dirikanlah solat tahajud ( sebagai suatu ibadah ) tambahan bagimu : mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.”
( surah al-Isra’ 17:79 )

Maka disini Allah menerangkan ukuran waktunya,
“ Wahai orang yang berselimut ( Muhammad )! Bangunlah ( untuk solat ) pada malam hari,kecuali sebahagian kecil,iaitu separuhnya atau kurang sedikit dari itu,atau lebih daripada ( seperdua)itu.”
( surah al-Muzzammil 73:2-4 )

Ertinya:
Iaitu Kami memerintahkanmu bangun untuk solat malam,pada tengah malam atau lebih sedikit atau kurang sedikit daripada pertengahan malam,tidak mengapa kamu melakukannya pada waktu-waktu tersebut. 

Dan firman-Nya,
“ Dan bacalah al-quran itu dengan tartil “

Maksudnya:
Bacalah al-quran itu olehmu dengan perlahan-lahan,kerana cara demikian itu dapat membantu dan memahami al-quran dan mentadaburnya.Demikian pula cara Baginda membaca al-quran,sebagaimana diterangkan oleh Aisyah ra bahawa baginda membaca sebuah surah dan baginda membacanya dengan tartil,sehingga panjang bacanya melebihi ukuran yang pernah baginda baca.

Daripada Anas bahawa dia ditanya,
 ” Bagaimanakah bacaan Nabi SAW?”Dia pun menjawab,” Bacaan baginda adalah panjang.” Lalu dia pun membaca,Bismillahirrahmanirrahim.”Anas menjelaskan,Baginda memanjangkan bacaan Bismillah dan juga memanjangkan bacaan Ar-Rahman serta bacaan Ar-Rahim.
( Hadis Sahih Bukhari )

Daripada Ummu Salamah bahawa dia pernah ditanya berkenaan bacaan Rasulullah SAW Dia menjawab,
“ Baginda membacanya secara ayat demi ayat,Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin,Arrahmanirrahim,Maliki Yaumiddin.”
( HR Ahmad,Abu Daud dan At-Tirmizi )

Hadis Nabawi

Daripada Al-Aswad,dia berkata,
“ Aku bertanya kepada Aisyah tentang cara Nabi SAW melaksanakan solat malam,” Aisyah menjawab,” Baginda tidur pada awal malam dan bangun pada akhir malam lalu solat.Kemudiaan baginda kembali ke tempat tidurnya.Apabila muazin sudah mengumandangkan azan,maka baginda bergegas.Dan saat itu baginda mempunyai hajat kepada isterinya,maka baginda mandi junub.Tetapi apabila tidak,maka baginda hanya berwuduk lalu keluar untuk solat berjemaah.”
( Hadis Riwayat Bukhari,Sahih Bukhari )


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 09:53

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner