Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Bimbang Ketika Berada Di Atas Hati Menjadi Hitam

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hati hitam seoerti batu,maksiat
 Jangan terlalu selesa ketika berada di atas,Bimbang hati menjadi batu dan hitam

 Hidup yang berharta,ramai kenalan serta berpengaruh dan mampu miliki segala-galanya,itu la hakikat sebenar bagi sebilangan manusia.Merasakan bahawa insan lain ” Hina “ tidak layak bersama mereka dan tak setanding mendampingi mereka.

 Bahkan ada juga sanggup meninggalkan keluarga dan insan tersayang.Mereka mula lupakan tanggungjawab,berkejar-kejar mencari sesuatu yang mereka rasakan bahagia dengannya.Perilaku semakin berubah,ego yang semakin meninggi.Walupun insan lain sedang menanggu sensara,di mulut mereka berkata “ Ya “ tetapi di hati “ Tidak “.

 Ketika ini mereka mulai lalai untuk mengingati Allah.Seolah-olah hidup ini ditentukan dari perilaku dan usaha mereka sendiri.Azab Allah seolah-olah perkhabaran yang palsu.Kerana apa,yang mereka milik kini telah menutupi pandangan dan hati mereka.Hidup hanya mencari keseronokan,tiada lagi mengenal batas-batas dosa.Apabila melakukan maksiat,bagi mereka suatu perkara yang “ tidak salah “.Tiada sedikit pun rasa takut kepada Allah mahupun bertaubat.

 Nasihat daripada insan lain,mereka hanya sekadar mendengar bahkan mereka tetap melakukan dosa.Ketika ini la Hati mereka mula menjadi keras dan hitam gelap.

Perkara ini jelas digambarkan dalam hadis Rasulullah bermaksud:
 “Siapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.
Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam.” 
 (Hadis riwayat Ibn Majah).

Hadis ini selari dengan firman Allah yang bermaksud, 
“Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka telah diseliputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.” 
 (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14).

Firman Allah yang bermaksud :
 " Kemudian selepas itu,hati kamu menjadi keras seperti batu,bahkan lebih keras lagi.Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya,dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya."
“Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.” 
( Surah al-Baqarah : 74 )

PERINGATAN!!
 Sebelum hati menjadi keras seperti batu,perbanyakan berzikir,Mohon hidayah Allah dan Bertaubat kepada-Nya.

Allah berfirman bermaksud “Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata.” 
 (Surah al-Zumar, ayat 22).

NOTE : Bimbang!Allah tak memberi peringatan ( Hidayah ) dan tidak menerima taubat kita.


Lihat lain-lain tentang muhasabah diri


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 09:21

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner