Dari Abu Said Al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Tiada seorang muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekali pun melainkan diampuni akan dosa-dosanya."
(HR Bukhari)
Hazrat Iyyadh bin Khimar r.anhu dari kabilah bani Mujashik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Allah SWT telah mewahyukan kepadaku supaya kamu semua berusaha mendapatkan sifat tawadhuk sehingga tidak akan wujud sifat bangga di antara satu sama lain dan tidak menzalimi orang lain."
(HR Muslim)
" Barangsiapa duduk dalam satu majlis yang tidak menyebut nama Allah dan tidak berselawat kepada Nabi SAW maka majlis itu akan menjadi sebab kerugian pada hari Kiamat. Maka sekiranya mahu, Allah mengazab mereka dan sekiranya mahu mengampunkan mereka."
(HR Tirmizi)
Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa tidur dalam keadaan berwudhu’, malaikat akan tidur disisinya sehingga tersentuh kulitnya. Dan apabila dia bangun malaikat akan berkata: Wahai Allah, ampunilah orang ini kerana dia tidur dalam keadaan berwudhu’."
(HR Ibn Hibban)
Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong."
(HR Tirmizi)
Dari Umair Al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa dikalangan ummatku berselawat kepadaku dengan ikhlas sebanyak sepuluh kali, Allah SWT akan menurunkan rahmat untuknya sepuluh rahmat. Dan diangkat darjatnya sepuluh kali darjat, dan dituliskan untuknya sepuluh kebaikan dan diampunkan daripadanya sepuluh kejahatan."
(HR Nasai)
0 comments :
Post a Comment
Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA