Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Sesiapa Yang Mencari Dunia Untuk Berbangga-Bangga

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Sesiapa Yang Mencari Dunia Untuk Berbangga-Bangga
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

" Sesiapa yang mencari dunia untuk berbangga-bangga ke atas orang lain, untuk menjadi kaya atau untuk mendapat nama – walaupun dengan cara yang halal – dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan Allah SWT akan sangat murka terhadapnya. Dan sesiapa yang mencari dunia dengan cara yang halal bertujuan supaya dia tidak perlu meminta-minta kepada orang lain, untuk mencari rezeki kepada ahli keluarga dan supaya dia mampu melakukan kebajikan kepada jiran tetangga; maka pada Hari Kiamat dia akan bertemu Allah SWT dalam keadaan wajahnya bercahaya seperti bulan purnama."
 (HR Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a berkata meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 " Sesiapa yang untuk menghasilkan dunia telah mempelajari suatu ilmu yang sepatutnya dipelajari untuk mendapatkan redha Allah SWT, dia pada hari Kiamat nanti tidak akan mencium walaupun bau syurga."


 (HR Abu Daud)
Dari ‘Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 " Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian dan berilah hadiah diantara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan."
(HR Muwatta’ Imam Malik)

Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Akan dipersembahkan amal-amal manusia pada hari Isnin dan hari Khamis. Barangsiapa yang memohon pengampunan maka akan diampuniNya pada hari itu, dan barangsiapa bertaubat akan diterima taubatnya (tetapi) orang yang ada sifat membenci atau berdendam akan ditinggalkan sehinggalah dia bertaubat daripadanya."
 (HR Tabrani, Targhib)

Dari ‘Iyaz bin ‘Imar r.a berkata, wahai Nabi Allah, seorang lelaki daripada kaumku telah mencaci dan memburuk-burukkanku sedangkan dia ialah seorang yang lebih rendah kedudukannya daripadaku. Bolehkah daku membalas balik akan caciannya itu? Nabi SAW bersabda:
"Apabila dua orang mencaci maki antara satu sama lain, adalah seumpama dua syaitan yang mana kedua-duanya mencaci maki dan berkata bohong antara satu sama lain."
 (HR Ibnu Hibban)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ditanya, siapakah yang paling mulia di antara manusia? Baginda SAW menjawab:
 " Setiap orang yang hatinya Makhmum dan lidahnya jujur. Sahabat r,hum bertanya; Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati Makhmum? Baginda SAW menjawab: Makhmum ialah orang yang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikit pun perasaan dengki atau irihati padanya."
 (HR Ibnu Majah)


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 14:16

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner