Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Perumpamaan seorang yang mempelajari ilmu agama kemudian tidak mengajarkan kepada orang lain adalah seperti seorang yang mengumpulkan harta yang banyak di dalam khazanahnya tetapi tidak membelanjakannya."
(HR Tabrani)
Dari Jabir bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Janganlah kamu mempelajari ilmu agama untuk memperlihatkan kehebatan ke atas ulama dan mempelajari ilmu untuk berhujah dengan orang-orang yang bodoh, dan untuk menarik perhatian majlis. Barangsiapa berbuat demikian maka tempatnya ialah didalam api neraka, api neraka."
(HR Ibn Majah)
Dari Ibn Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Empat perkara barangsiapa mendapatinya sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang sentiasa bersabar dalam menangung kesusahan, isteri yang sentiasa menjaga dari khianat pada dirinya dan pada harta suaminya. (HR Tabrani)
Dari Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa memberi azan selama dua belas tahun, adalah wajib baginya syurga dan dituliskan baginya setiap kali azan ialah sebanyak enam puluh kebaikan, dan setiap kali iqamat akan dituliskan baginya tiga puluh kebaikan."
(HR Al-Hakim)
Dari Salman r.a meriwayatkan bahawa baginda Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa berwudhu' dirumahnya dengan sebaik-baik wudhu' kemudian pergi ke masjid, dia adalah menjadi tetamu Allah. (Allah sebagai tuan rumah) dan adalah menjadi tanggungjawab tuan rumah untuk memuliakan tetamunya."
(HR Tabrani)
Dari Abdullah ibn Qurtd r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Perkara pertama yang akan dihisab bagi seorang hamba pada hari Kiamat ialah solat. Sekiranya solatnya baik, maka amalan-amalan yang lain akan diterima dan jika solatnya rosak, maka semua amalan-amalan yang lain akan rosak."
(HR Tabrani, Targhib)
Dari Abdullah bin Amr Ibn As r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Perintahkanlah anak-anakmu berolat ketika berumur tujuh tahun dan rotanilah dia jika tidak mahu bersolat ketika diumur sepuluh tahun dan pisahkanlah diantara tempat tidur mereka (antara adik beradik lelaki dan perempuannya)."
(HR Abu Daud)
Dari Ibn Umar r.a berkata; Rasulullah SAW telah bersabda:
" Tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada solat bagi orang-orang yang tidak ada wudhu'. Dan tidak ada agama bagi orang-orang yang tidak solat. Sesungguhnya kedudukan solat didalam agama, adalah seumpama kepala kepada badan."
(HR Tabrani dan Targhib)
Dari Asma binti Yazid r.ha berkata; Baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa memelihara kehormatan saudaranya yang muslim ketika dia tidak ada (di majlis itu, contohnya seseorang telah mengumpatnya, kemudian dia telah mencegah orang itu dari terus mengumpatnya), maka Allah Ta'ala akan menjamin untuknya daripada pembebasan api neraka Jahanam."
(HR Musnad Ahmad)
Dari Abu Bakar r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Jadilah kamu seorang yang alim, atau orang yang belajar ilmu agama, atau orang yang gemar mendengar pengajian agama dengan teliti, atau menjadi orang yang mencintai ilmu dan ahli ilmu. Dan jangan kamu menjadi orang yang kelima, yang mana kamu akan binasa. Kelima ialah kamu membenci ilmu dan ahli ilmu."
(HR Tabrani)
Dari Zaid bin Thabit r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
" Tiga perkara yang dengannya hati orang beriman akan suci dari sifat khianat, dengki (dan semua keburukan): 1. Beramal untuk redha Allah SWT. 2. Inginkan kebaikan untuk para pemimpin, 3. Sentiasa bersama dengan jemaah orang Islam. Ini kerana orang yang bersama-sama jemaah akan dilingkungi oleh doa ahli-ahli jemaah itu."
(HR Ibn Majah)
Dari Muaz ibn Anas Al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. Umar Ibn Khattab r.a berkata: Ya Rasulullah! Kalau begitu saya akan membaca dengan lebih banyak lagi! Nabi SAW menjawab: Allah sebaik-sebaik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu."
(HR Musnad Ahmad)
Dari Anas bin Abdul Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Ketika aku diangkat (pada malam Mi’raj) ke langit, aku melintasi segolongan manusia yang tangannya berkuku tembaga dan mereka mencakar muka dan dada mereka. Aku bertanya kepada Jibrail: Siapakah mereka ini? Dia menjawab: Mereka selalu memakan daging manusia dengan memfitnah dan mengumpat orang."
(HR Abu Daud)
0 comments :
Post a Comment
Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA