Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Diampunkan Segala Dosa-Dosanya Yang Lalu

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hadis
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Apabila imam membaca Ghairil maghdhuubi alaihim waladhalliin, maka hendaklah kamu membaca amiin kerana sesungguhnya barangsiapa yang aminnya menyamai dengan amiin para malaikat, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
 (HR Bukhari)

Hazrat Abu Umamah al-Bahiliy r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Kamu mesti melakukan solah tahajjud kerana ia adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu dan ia mendekatkan (kedudukan) kamu di sisi Tuhan kamu serta menghapuskan kejahatan dan mencegah daripada melakukan dosa-dosa."
 (HR Mustadrak Al Hakim)

Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

" Barangsiapa yang istiqamah bersolat 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga. (12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat sebelum Subuh."
 (HR Nasa’i)

Dari Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullullah SAW bersabda:

" Tiga perkara akan mengikuti mayat. Dua akan kembali dan tinggal yang satu. Akan mengikutinya (ke kubur) ahli keluarganya, hartanya dan amalannya. Kemudian harta dan ahli keluarganya akan kembali, tinggallah bersamanya amalannya."
 (HR Muslim)

Dari Barra ibn Azib r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda:

" Sesungguhnya Allah Ta'ala dan para malaikatNya menurunkan rahmat ke atas orang-orang yang berada di saf hadapan iaitu saf yang paling hampir dan para malaikat berdoa untuknya dan tidak ada satu langkah yang lebih dicintai oleh Allah, daripada langkah orang yang memenuhkan saf yang kosong."
 (HR Abu Daud)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

" Bagi setiap sesuatu itu ada hakikatnya, dan tidak mencapai hakikat iman seseorang hamba itu sehingga dia mengetahui bahawa setiap apa yang menimpanya itu ialah satu ketetapan, bukannya datang sendiri atau perkara yang belum terjadi itu tidak boleh berlaku."
 (HR Tabrani, Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Diantara mereka yang sangat mencintaiku ialah orang-orang yang datang selepasku. Mereka menyesal alangkah baiknya dapat melihatku walaupun terpaksa membelanjakan rumah, segala hartanya dan ahli keluarganya (dikorbankan supaya dapat melihatku)."
 (HR Muslim)

Dari Shaddad ibn Aus r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

" Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisab (memperbaiki) akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati. Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat (pengampunan) Allah."
 (HR Tirmizi)


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 14:56

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner