Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Barangsiapa Membaca Al-Quran Dan Beramal Dengannya

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Barangsiapa Membaca Al-Quran Dan Beramal Dengannya
Dari Muaz al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

" Barangsiapa membaca Al-Quran dan beramal dengannya, kedua ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang mana cahayanya lebih terang daripada cahaya matahari. Kemudian kalaulah matahari itu berada di dalam rumah kamu, (cahayanya tentu lebih terang, namun cahaya mahkota itu lebih terang lagi. Kalau pahala ini hanya untuk kedua ibu bapanya) Maka kamu dapat bayangkan apakah yang akan diterima oleh orang yang membacanya sendiri."
 (HR Abu Daud)

Dari Buraidah Aslamiy r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa membaca Al-Quran, mempelajarinya dan mengamalkannya akan dipakaikan pada hari Kiamat dengan sebuah mahkota yang diperbuat daripada Nur. Cahayanya seperti cahaya matahari. Kedua ibu bapanya akan dipakaikan dengan dua helai pakaian yang tidak ada tandingannya di dunia ini. Dia akan bertanya kenapakah dia dipakaikan dengan pakaian yang seumpama ini? Akan dijawab: Ini kerana kamu mengajar anak kamu membaca Al-Quran."
 (HR Hakim)

Dari Anas r.a menceritakan bahawa seorang wanita selalu membersihkan sampah-sampah di masjid telah meninggal dunia. Baginda SAW telah diberitahu tentang kematiannya di waktu pengkebumiannya. Baginda SAW datang lalu bersabda:
" Apabila meninggal dunia salah seorang daripada kamu beritahulah aku. Lantas Nabi SAW menyembahyangi jenazahnya dan bersabda: Sesungguhnya aku melihat dia berada di dalam syurga kerana dia selalu membersihkan kotoran-kotoran di masjid."
 (HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)

Dari Uqbah bin 'Amr r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Apabila seseorang berwudhu' dengan sempurna kemudian menuju ke masjid dan duduk menunggu untuk bersolat maka malaikat yang mencatit kebaikan akan datang mencatit dimana setiap langkah dia berjalan diganjari dengan sepuluh kebaikan. Orang yang duduk menunggu solat adalah seumpama orang yang beribadat. Semenjak dia keluar daripada rumahnya sehinggalah dia kembali adalah dikira sebagai orang yang sibuk bersolat."
 (Musnad Ahmad)

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan; Satu hari Nabi SAW bersabda tentang solat bahawa:
 " Barangsiapa menjaga solat fardhunya tepat pada waktunya, pada hari Kiamat nanti akan menjadi Nur kepada orang yang mengerjakannya, menjadi penghujah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Sebaliknya tidak ada Nur, pembela dan penyelamat bagi orang yang tidak menjaga solatnya dan pada hari Kiamat mereka akan digolongkan bersama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf."
 (HR Ahmad dan Tabrani)

Dari Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Islam itu terdiri dari lapan bahagian (yang penting). Islam (iman) satu bahagian, mendirikan solah satu bahagian, membayar zakat satu bahagian, menunaikan Haji satu bahagian, berpuasa satu bahagian, menyeru kepada kebaikan satu bahagian, mencegah daripada kemungkaran satu bahagian dan berjihad di jalan Allah Taa’la satu bahagian, sesungguhnya gagallah bagi mereka yang tidak ada satu bahagian pun daripadanya."
 (HR Al-Bazzar)

Dari Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya: Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang Haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang Mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi. Selanjutnya Baginda Rasulullah SAW bersabda: Diantara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi."
 (HR Baihaqi)

Dari Abdullah bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Pada hari Kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang-orang fakir dan miskin dikalangan umat ini? Nabi bersabda: Mereka semua bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang kamu amalkan? Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. Allah berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah SAW bersabda: Lantas mereka dimasukkan ke dalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. Dan tinggallah mereka dengan penghisaban yang keras dikalangan orang-orang yang kaya dan para pemerintah."
 (HR Ibn Hibban)


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 14:09

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner