Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
" Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu? Lalu jawab sahabat: Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta. Lantas Baginda bersabda: Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka."
(HR Muslim)
Hazrat Suhail r.anhu berkata bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
" Berdirinya salah seorang dari kalian sesaat dijalan Allah SWT adalah lebih baik daripada segala amalan kebaikan yang dilakukan sepanjang hayat di keluarganya (rumahnya)."
(HR Tirmizi)
Dari Abu Umamah r.a berkata bahawa seorang telah bertanya:
" Ya Rasulullah! Izinkan aku untuk berkelana. Maka Rasulullah SAW telah bersabda: Kelana umatku ialah berjihad di jalan Allah SWT."
(HR Abu Daud)
Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah ditanya:
" Siapakah di antara orang beriman yang paling sempurna imannya? Baginda SAW telah bersabda: Di antara orang beriman yang paling sempurna imannya ialah dia yang berjihad di jalan Allah SWT dengan diri dan hartanya. Kedua dia yang tinggal di satu lembah menyembah Allah SWT dan dia menyelamatkan orang ramai dari kejahatannya."
(HR Abu Daud)
Dari Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Bagi setiap nabi ada cara rohbaniahnya (meninggalkan dunia dan keseronokannya). Rohbaniah umatku ialah berjihad di jalan Allah SWT."
(HR Ahmad)
Dari Abdullah Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Kamu semua hari ini mendengar perkara-perkara keagamaan dariku, esok perkara-perkara ini didengari pula daripada kamu. Kemudian ia didengari pula dari orang-orang yang mendengarinya daripada kamu (kerana itu dengarlah dengan teliti dan sampaikanlah kepada orang-orang yang selepas kamu, supaya mereka dapat menyampaikan kepada orang-orang selepas mereka, dan urutan ini berterusan)."
(HR Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan satu jemaah untuk keluar ke jalan Allah SWT, mereka telah bertanya:
" Ya Rasulullah! Malam ini kami pergi atau pun tinggal di sini dan pergi esok pagi? Baginda SAW telah bersabda: Adakah kamu tidak ingin untuk bermalam di salah satu kebun dari kebun-kebun syurga? Yakni bermalam di jalan Allah SWT adalah seperti bermalam di kebun-kebun syurga."
(Sunan Kubra)
Dari Uthman bin ‘Affan r.a berkata bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sehari di jalan Allah SWT lebih baik dari seribu hari yang lain."

(HR Nasa’i)
0 comments :
Post a Comment
Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA