Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah
Lahir dari jiwa luka memecah angkasa
Merintih, meminta... aku kerinduan
Bertahun ku kembara mencari dirimu
Menerjang panas dan kelam
Secarik pengertian tak pernah kau beri
Aku terseksa……….
Mengapa kau tinggalkan aku
Sedang ku mengharap diri mu
Semakin menyeksa diriku
Di manakah sumpah setia darimu
Untuk aku yang menunggu
Katamu dulu aku kau cintai
Tetapi kau biarkan sepi
Mencari bayangan wajahmu
Di balik mimpi berwajah duka..
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, dan membenci kerana Allah SWT, memberi kerana Allah SWT dan menarik pemberian juga kerana Allah SWT, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan imannya."
(HR Abu Daud)
Setelah ku sedari,
Kini aku tiada lagi merintih dan meminta
Melainkan kepada yang Maha Pengasih,
Allah yang Satu
Biarpun bertahun lamanya ku pasti
Dia Maha mendengar dan sentiasa menerima kedatanganku
Aku Tenang….
Sedang ku mengharap Redha-Mu
Luka dijiwa diubati dengan Iman yang kekal Abadi.
Tiada lagi penyeksaan diriku
Dimana sumpah janji ku kepada-Mu Ya Allah
Kini aku hanya menunggu masa dan keadaan
Di balik kasih sayang-MU
Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Bagi setiap sesuatu itu ada hakikatnya, dan tidak mencapai hakikat iman seseorang hamba itu sehingga dia mengetahui bahawa setiap apa yang menimpanya itu ialah satu ketetapan, bukannya datang sendiri atau perkara yang belum terjadi itu tidak boleh berlaku."
0 comments :
Post a Comment
Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA