Hadis Riwayat Bukhari

" Barangsiapa mahu supaya rezekinya ditambah dan umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahmi di antara saudara-saudaranya.”

Hadis Riwayat Muslim

" Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, Akan tetapi Allah Ta’ala melihat hati kamu dan amalan-amalan kamu."

Hadis Riwayat Tirmizi

" Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah."

Yang Paling Aku Takutkan Terhadap Ummatku Ialah Si Munafiq

Mohon Teguran Jika Berlaku Kesilapan السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Yang Paling Aku Takutkan Terhadap Ummatku Ialah Si Munafiq
Dari Umar bin Khattab r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Yang paling aku takutkan terhadap ummatku ialah si munafiq (orang fasiq yang riya’) yang pandai pada lidah (bercakap perkara-perkara keilmuan tetapi dirinya kosong dari iman dan amal)."
(HR Baihaqi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
 " Sejahat-jahat manusia ialah seseorang yang merosakkan akhiratnya kerana dunia orang lain. Yakni demi untuk memberi manfaat dunia kepada orang lain, dia merosakkan akhiratnya dengan melakukan perkara yang memurkakan Allah SWT."
 (HR Baihaqi)

Dari Muaz bin Jabbal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Mana-mana hamba yang membuat amalan kebajikan untuk kemasyhuran dan untuk menunjuk-nunjuk, maka Allah Ta’ala akan memasyhurkan perkara ini di hadapan semua makhluk di Hari Kiamat nanti, (bahawa orang ini mengerjakan amalan kebajikan untuk menunjuk yang kerananya dia mendapat kehinaan)."
(HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

Dari Abdullah bin ‘Amr r.huma berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
" Sesiapa yang memasyhurkan amalannya kepada manusia, maka Allah SWT akan menyampaikan kepada pendengaran makhlukNya akan amalan riya’ ini (dan bahawa orang ini adalah seorang yang riya’) dan Allah akan mengecilkannya pada pandangan makhluk dan menghinakannya."
(HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

Dari Abu Barzah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Aku khuatirkan terhadap kamu bahawa kamu terjerumus di dalam kehendak nafsu yang menyesatkan berkaitan dengan perut dan kemaluan kamu (seperti makan makanan haram, berzina dan lain-lain) dan dari terjerumus di dalam keinginan diri yang menyingkirkan kamu daripada jalan kebenaran) dan membawa kamu kepada kesesatan."
(HR Musnad Ahmad, Bazzar, Tabrani, Majma uz Zawaid)

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
" Di akhir zaman nanti akan wujud manusia yang pada luarannya adalah sahabat, akan tetapi pada dalamannya adalah musuh. Baginda telah ditanya orang. Ya Rasulullah! Mengapakah ini berlaku? Rasulullah SAW bersabda: Persahabatan secara luaran adalah kerana ada keperluan antara satu sama lain. Dan kerana ada permusuhan secara dalamanlah wujud rasa khuatir satu kepada yang lain."
(HR Musnad Ahmad)

Dari Abu Sa’id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah keluar (dari kamar Baginda lalu) datang kepada kami. Pada waktu itu kami sedang membincangkan tentang Masih Dajjal. Baginda SAW telah bersabda:
 " Mahukah aku khabarkan kepada kamu sesuatu yang pada pendapatku lebih berbahaya bagi kamu berbanding Dajjal? Kami berkata: Ya Rasulullah! Khabarkanlah kepada kami. Baginda SAW telah bersabda: Ia adalah syirik khofi. (yang contohnya ialah): Seseorang berdiri untuk solat dan dia memperbaguskan solatnya kerana ada orang yang memerhatikannya bersolat."
 (HR Ibnu Majah)


FOLLOW and JOIN to Get Update!

Social Media Widget SM Widgets




Demo Blog NJW V2 Updated at: 15:04

0 comments :

Post a Comment

Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA

ping blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner