Dari Masturid bin Syaddad r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Demi Allah tiadalah dunia ini jika dibandingkan dengan akhirat adalah seumpama salah seorang daripada kamu yang memasukkan anak jari ke dalam sebuah sungai dan diangkat, maka lihatlah sebanyak mana air yang melekat di jari itu (begitu sedikit) begitulah jika dibandingkan dengan kehidupan akhirat.
(HR Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Apabila seorang muslim menziarahi saudaranya yang sedang sakit, atau mengunjungi saudara muslim semata-mata kerana Allah, maka seorang malaikat berkata: Engkau dirahmati dan langkah-langkahmu diberkati dan engkau telah membina sebuah tempat tinggal di dalam syurga."
(HR Tirmizi)
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Seorang mukmin mencintai dan dicintai. Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang yang tidak mencintai atau tidak berkasih sayang. Orang yang terbaik di antara manusia adalah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain."
(HR Dar Qutni dan Targhib)
Dari Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
" Mahukah daku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang menghampiri orang lain dengan lemah lembut, berlebih kurang dan baik hati."
(HR Tirmizi)
Dari Ibnu ‘Abbas r.huma meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Barangsiapa berjalan untuk menunaikan satu hajat seorang saudara adalah lebih baik daripada sepuluh tahun iktikaf. Barangsiapa yang beriktikaf sehari di jalan Allah SWT akan dijauhkan daripada api neraka sejauh tiga parit, dan setiap parit luasnya diantara bumi dan langit."
(HR Tabrani dan Majma uz Zawaid)
Dari Tsauban r.a, seorang hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
" Barangsiapa yang mengunjungi seorang yang sakit, dia akan diam di Khurfah dalam syurga. Ditanyakan; Wahai Rasulullah! Apa itu Khurfah? Rasulullah SAW bersabda: Buah-buahan yang dipetik dari syurga."
(HR Muslim)
Dari Huzaifah bin Yaman r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
" Apabila seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin yang lain, hendaklah dia memberi salam kepadanya dan berjabat tangan (untuk bersalam), dosa-dosa mereka berguguran seperti daun-daun berguguran dari pohonnya."
(HR Tabrani, Majma uz Zawaid)

0 comments :
Post a Comment
Silakan Beri " Comment Anda "Dalam Setiap Hal,Yang Ada Di Halaman Blog Ini Dan MOHON KUNJUNGI LAGI Ke( realeye4u2 Blog)
SEMOGA MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA